Imam Ibnul Wardi


Inspirasi Qurani Meriahkan Ramadhan

Bicara Kebaikan

[Insert link title here]

Iqra' Mudah Meriahkan Ramadhan

Selasa, 16 Julai 2013

Apabila Peranan Hati Dinilai Oleh Manusia

Assalamualaikum

Saya yakin, kita pernah dengar hadith yang maksudnya,

"Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niat dan setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan mendapat (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya ataupun kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka nilai hijrahnya seperti (sebagaimana) yang dia niatkan."

(Hadith riwayat Imam Bukhari r.h, Sahih Bukhari dari Umar Al-Khattab r.a)

Begitu pentingnya peranan niat dalam sesuatu amal perbuatan. Niatlah yang membezakan antara solat-solat sunat. Niatlah yang menjadi salah satu ukuran sama ada kita peroleh pahala ataupun dosa ataupun tidak peroleh apa-apa langsung. Niat jugalah yang menjadi ukuran nilai keikhlasan dalam amalan baik kita.

Niat tidak boleh dilihat oleh manusia lain. Tidak juga boleh dibaca oleh manusia lain. Kita juga tidak boleh harap orang lain suruh 'tengok-tengok' niat kita takut-takut salah. Kita sendirilah yang kena jaga niat kita supaya amal yang baik tidak terhapus menjadi abu dek kerana niat yang salah.

Niat hanya boleh dinilai oleh Allah. Niat kita sendiri pun kadangkala, kita terlepas pandang. Namun ramai manusia hari ini tidak peduli dengan niat sendiri, tetapi sibuk menilai niat orang lain yang mereka tidak nampak dan tidak boleh baca. 

Yang timbul hanya persepsi dan sangkaan dari apa yang nampak zahir itu. Zahir itu mungkin silap apabila tidak tahu apa isi hati seorang manusia itu. Namun, kita lebih cenderung berfikir ke arah negatif.

Apabila memberikan kritikan, kita sangka dia mahu menjatuhkan. Apabila membaca Al-Quran di khalayak ramai, kita sangka dia riak dan mahu menunjuk-nunjuk. Apabila mahu berubah jadi baik, kita sangka dia hipokrit.

Apabila ada orang update status di laman sosial tentang orang itu berpuasa, automatik kita kata dia tu suka menunjuk-nunjuk. Apakah pendedahan itu menjadi nilaian kita untuk membuktikan niat seseorang?

Mungkin dia nak mengajak orang lain sekali turut berpuasa. Ataupun dia sekadar mahu berkongsi kehidupan dia tanpa niat untuk riak. Siapa tahu?

Sedangkan kita tidak tahu apa yang terbuku dalam hati manusia itu. Mengapa sangka buruk didahului daripada sangka baik?

Kadangkala kita sangka orang mahu lakukan sesuatu itu kerana wang, tetapi apa yang dia benar-benar mahukan dan niatkan, kita tidak tahu. (Sumber dari Google Image)


Saya ingat dahulu ada orang pernah lontarkan soalan, "Kau ni jadi penulis kerana apa? Ikhlas ataupun nak duit & populariti?"

Saya yakin, penulis dan pelukis komik pernah menghadapi soalan ini. Saya rasa tidak adil langsung apabila pengkarya sahaja yang sering dilontarkan soalan begini. Seolah-olah, cuma mereka yang ikhlas sahaja yang boleh lakukan kerja-kerja sebegini.

Apa salahnya sekiranya kami berkarya kerana mahukan duit? Ataupun mahukan populariti? Ada masalahkah? Mengapa tidak soal perkara yang sama kepada profession-profession lain?

Islam mahukan keikhlasan dalam setiap pekerjaan yang baik dan tidak melanggar syariat.

Pada saya soal keikhlasan tidak patut disoal. Sekiranya saya kata, "Saya ikhlas", apakah orang dapat buktikan yang saya benar-benar ikhlas?

Sumber dari Google Image


Peranan hati bukan kerja manusia. Bukan juga penilaian manusia. Ia adalah kerja Allah kerana Allah lebih Tahu apa yang terbuku dalam hati manusia berbanding diri manusia itu sendiri.

Kita selalu ragu-ragu tentang keikhlasan apabila seseorang buat baik terhadap kita, tetapi kita tidak pernah ragu-ragu tentang keikhlasan orang yang buat jahat kepada kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan