Imam Ibnul Wardi


Inspirasi Qurani Meriahkan Ramadhan

Bicara Kebaikan

[Insert link title here]

Iqra' Mudah Meriahkan Ramadhan

Khamis, 23 Mei 2013

Istimewa Buatmu Para Penghafal Quran...


Bingkisan Buat Adik-Adik MTT Tok Jiring
Wasiat Imam Al-Ghazali :

"Orang yang menghafal Al-Quran dianggap sebagai keluarga-keluarga Allah. Oleh itu perbanyakkanlah menghafal al-Quran kerana ia cahaya di dalam kubur."


Duhai Adik-Adikku,

Allah s.w.t. telah menjanjikan buatmu akan kelebihan-kelebihan terhadap perjalananmu menghafal al-Quran. Aku tahu bahawa engkau melaluinya dalam keadaan susah payah dan diuji dengan pelbagai ujian, dugaan dan godaan yang tidak pernah bersimpati kepadamu. Justeru itu, ku sampaikan padamu akan beberapa kelebihan itu, agar dirimu dapat mengambil ibrah taujihat agar bermujahadah di dalam mendapatkan anugerah besar sebagai seorang "Penghafal Al-Quran" yang di muliakan-Nya...

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah ibn Amir ibn Al-Ash r.a dari Nabi s.a.w., baginda bersabda : "Di akhirat nanti para ahli al-Quran di perintahkan, bacalah! dan naiklah! ke Syurga!. Dan bacalah al-Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggalmu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."

Ketahuilah Adikku,

Tatkala engkau menghadiri sebuah majlis anugerah di dunia, namamu dipersilakan untuk naik ke pentas di iringi dengan tepukan dan sorakan orang ramai kemudian tanpa sedar hatimu berkata : "best juga jadi orang cemerlang ni, boleh terkenal...". Allahu Rabbi. apakah ada kemuliaan yang lebih besar dari jemputan untuk menerima anugerah di sisi Allah s.w.t. Jika di dunia kamu boleh berbangga dan rasa mulia, apakah perlu dirimu menafikan ataupun meragui kemuliaan yang sedang menanti di sisi Allah di akhirat kelak. Tepuk dada tanyalah imanmu!

MTT Tok Jiring
Kemudian baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi daripada anas r.a. bahawa, "Para pembaca al-Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni Syurga."

Adikku,
Tidak ada sesiapa di dunia ini mahu hidup dalam kehinaan secara fitrahnya, pasti dirimu juga begitu. Bahkan, jika diberi pilihan pasti dirimu menginginkan kemuliaan. Namun, sebagai hamba Allah yang di kasihi Allah, Allah s.w.t. telah tunjukkan jalan, dan berikan panduan kepadamu agar menjalaninya supaya dirimu menjadi insan mulia. Tinggal lagi untuk kamu menjalaninya. Namun apakah ada kewajaran yang boleh dirimu persembahkan untuk berterusan menolak segala kebaikan yang Allah tawarkan kepadamu. Sungguh, jika demikian nyatalah akan keterpedayaanmu terhadap kesilauan dunia dan tipuan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkanmu. Demikian lagi hawa nafsu yang tidak pernah puas dan sering membuatkanmu membayang-bayangkan dan mengejar fatamorgana-fatamorgana dunia yang tidak kecil jumlahnya telah melahirkan penyesalan yang bersangatan dan tidak terhingga pada insan-insan yang telah mendahuluimu.

Dan lagi, dengan menghafal al-Quran. Hatimu tidak akan di seksa oleh Allah s.w.t. sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah ibn Mas'ud, "Bacalah al-Quran! kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-Quran. Sesungguhnya al-Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-Quran, maka hendaklah ia bergembira."

Wahai Adikku,

Adakalanya kita dihidangkan dengan pelbagai hidangan yang terhasil daripada tangan-tangan manusia. Hidangan itu datang dalam pelbagai bentuknya menurut matlamat dan tujuan penghidangnya. Jika seseorang yang mempunyai kepentingan terhadap dirimu, lazimnya dia menghidangkanmu sesuatu yang mampu memikat hatimu agar kepentingan dirinya dapat direalisasikan. Jika yang menghidang itu adalah ibu kamu, pasti hidangannya adalah bertujuan kebaikan untuk dirimu atas tanggungjawabnya. Jika yang menghidangkan sesuatu kepadamu itu adalah musuhmu, sudah itu ia bertujuan untuk mebinasakanmu. Jika ia datang dari TuhanMU apakah masih perlu untuk engkau meraguinya bahawa tidak ada yang lebih bernilai daripada anugerah Tuhan yang menciptakanmu kerana ia ingin memuliakannmu. Namun, andai dirimu lebih memilih untuk menolaknya, maka jangan salahkan Allah pada musibah yang bakal menimpamu yang mungkin bukan di dunia, tetapi di akhirat kelak.

KEMPEN 3 J MTT TOK JIRING

Bekalan buat Adik-Adikku,

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Jabir ibn Nufair r.a.,  "Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu al-Quran."

Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi harus kita dustakan???

Bersama Penghafal al-Quran yang Qari' Ust Fakrurrazi




- HIDUP MESTI BANYAK MEMBACA, MEMAHAMI, MENGHAYATI, MENGHAFAL & MENGAMALKAN AL-QURAN -


Al-Faqir Ilallah,
Intelektual Sufi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan