Imam Ibnul Wardi


Inspirasi Qurani Meriahkan Ramadhan

Bicara Kebaikan

[Insert link title here]

Iqra' Mudah Meriahkan Ramadhan

Khamis, 24 Januari 2013

LANTUNAN MAHABBAH RASULULLAH





Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad saw), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (3:31)

Rasa cinta dan rindu adalah suatu nikmat dan rahmat daripada Allah yang tidak dapat ditandingi oleh pakar atau bijak pandai dalam kalangan manusia dan jin. Manusia mampu mencipta robot dan mesin, tetapi tidak dapat memberikan rasa cinta dan rindu kepadanya.

Cinta adalah perasaan yang tidak pernah lapuk dek hujan. Tamadun Sumeria dan Babylon menulis epik cinta Gilgamesh sekitar 2000 sebelum Masihi. Tamadun Mesir terkenal dengan syair-syair cinta di atas lembaran Papyrus dan pasu-pasu tanah liat sekitar 1300 dan 1000 sebelum Masihi. Tamadun Cina pula mencipta lagu-lagu cinta dan pertama kali didokumentasikan antara 1000 dan 700 sebelum Masihi.

Ahli-ahli falsafah dan pemikir daripada zaman Plato hingga Martin Luther, daripada Kierkegard dan Nietzsche hingga Santayana dan Santre, masing-masing membawa pemahaman tersendiri tentang makna cinta. Cinta menurut Al-Quran adalah berdasarkan bicara Allah dalam firman-Nya : 

"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang yang beriman begitu besar cintanya kepada Allah..." ( 2 ; 165)

Cinta adalah satu pemangkin yang membangkitkan rasa seseorang bagi mengenal, mendekati, serta sanggup berkorban apa sahaja demi membuktikan rasa cinta dan rindunya.

Rasa cinta dan rindu seorang ibu mendorongnya bagi melahirkan anak yang berada dalam kandungannya sehingga si ibu sanggup mempertaruhkan nyawanya.

Rasa cinta dan rindu seorang anak yang soleh kepada ibunya yang sudah lama meninggal dunia mendorongnya menitiskan air mata tatkala berdoa untuk arwah ibunya.

Rasa cinta dan rindu seorang suami kepada keluarganya mendorong dirinya mencari rezeki yang halal bagi mencukupkan keperluan mereka walaupun terpaksa membanting tulang.

Rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah saw adalah satu perasaan yang mendorong umat Islam bagi bertemu, bersalam, dan memeluk diri Rasulullah saw seperti yang dirasai oleh generasi sahabat Rasulullah. Rasa cinta dan rindu itu menjadi perangsang yang terbaik kepada umat islam bagi terus konsisten melakukan amal kebaikan, membayar zakat, memberi sedekah, dan mencari kekayaan yang halal.

Umar Al-Khattab pernah berkata kepada Rasulullah saw :

"Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri. Nabi berkata , : "Tidak, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya sehingga aku lebih dicintai daripada dirimu sendiri. Umar berkata ; "Maka sesungguhnya sekarang, demi Allah sungguh engkau ku cintai lebih daripada diriku sendiri." 

"MAHABBAH RASULULLAH TONGGAK KECEMERLANGAN UMMAH"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan